Wednesday, October 17, 2012

MIMPI

Assalamualaikum w.b.t


Malam tadi saya telah bermimpi sesuatu yang saya kira menakutkan,menggerunkan pada masa yang sama menginsafkan..Sebenarnya telah dua kali saya bermimpi perkara yang serupa tetapi berlainan jalan ceritanya..Saya telah bermimpi tentang azab kubur, bagaimana seksaan di dalam kubur yang saya sukar untuk ceritakan.Begini mimpi itu..datuk kepada suami saya telah pun kembali ke rahmatullah beberapa bulan yang lepas akibat sakit tua...Dan malam tadi saya telah bermimpi tentang arwah..

Ceritanya begini..

Datuk sakit dan kami semua melawat beliau di hospital.Tetapi ajal nya sudah sampai dan beliau meninggal dunia di hospital.Saya mengikut hinggalah ke bilik mayat semasa MA (Medical Assistant) seorang lelaki sedang memandikan jenazah..Tiba untuk dikafankan hingga ke paras pinggang, tiba-tiba saya lihat dada datuk yang saya panggil nya sebagai 'wan' seperti bernafas.Kemudian saya memberitahu perkara itu kepada ibu mertua saya tentang apa yang saya lihat, tetapi ibu mertua berkata ia hanyalah ilusi saya sahaja.Kemudian kami semua lihat yang dada wan berombak dan beliau masih bernyawa!Serta merta MA mengangkat wan untuk duduk dan menepuk-nepuk belakang beliau..Betul, ean masih hidup.wan tidak mati!Kuasa Allah!Kami semua menangis terkejut dan kegembiraan.

Kemudian mimpi itu bersambung lagi..Aku menangis dan bertanya kepada Wan (ketika itu kami berdua sahaja) apa perasaan beliau semasa 'mati'?Beliau sambil menangis teresak-esak berkata, beliau melalui satu keadaan yang sangat menakutkan di dalam kubur.Ketika masuk sahaja jasad kita di dalam kubur dan setelah orang ramai pulang selepas selesai membaca talkin, maka datanglah malaikat munkar dan nakir untuk perhitungan menjawab soalan.ketika itu kata Wan, mulut,hidung dan tekak terasa begitu ketat dan sukar untuk bernyawa..seolah-olah rasa itu sedang direntap sedikit demi sedikit.Aku menangis ketakutan, takut kepada Allah Yang Esa!Wan teruskan cerita, ketika di bahagian dada terasa begitu ketat, munkar dan nakir sedang mengimbas kembali dosa-dosa beliau yang lalu..Tanah kubur juga sedang menghimpit Wan.ketika sakit menghampiri ke tengah dada, rasa ketat itu berhenti kerana wan semasa hidupnya tidak pernah memegang atau menyentuh seorang wanita yang bukan muhrimnya.MasyaAllah!Subhanallah!Kesakitan itu kemudian berhenti setakat itu sahaja..


Saudara dan saudar yang dirahmati, mungkin tanda itu Allah beri setakat itu sahaja pada saya..Dan mimpi itu pun berhenti..Demi Allah saya sangat ketakutan.Sebelum ini juga saya pernah bermimpi tenatang azab kubur..sangat menyakitkan, sangat menakutkan.Saya pasti jika sesiapa sahaja yang melihat bayangan dalam mimpi itu pasti tidak mahu berbuat dosa dan pasti meninggalkan keseronokan dunia yang hanya sementara ini..

Saya bertanya kepada seorang makcik yang agak alim orangnya tentang mimpi saya..katanya ada dua tanda..Pertama, Allah memilih saya untuk melihat semua itu, supaya saya sentiasa bersedia dan supaya saya lebih taat kepada Nya..jauhi dosa dan kemungkaran, lipat gandakan amal ibadat..Kedua..mungkin wan yg wujud dalam mimpi saya mahu 'membawa' saya bersama dia..Saya tahu maksud makcik itu..Cuma wan dalam mimpi itu tidak menyebut mahu membawa atau mengajak saya mengikut dia..

Cuma keyakinan diri saya ialah, saya dipilih Allah untuk semua itu kerana Dia sayangkan saya dan sangat mengenali hati budi dan diri saya..Dia memahami apa yang saya inginkan dalam hidup ini.Ya, saya akui saya sentiasa ingat akan MATI, sentiasa ingat SEKSA KUBUR, sentiasa ingat jagalah hati dan perbuatan dan janganlah melakukan dosa..Setiap perbuatan saya setiap hari saya lakukan yg terbaik seolah-olah ia hari terakhir di dunia ini.Saya cintakan akhirat lebih dari duniawi.Saya sentiasa berusaha menjadi lebih baik walaupun masih banyak belum sempurna..Saya tahu niat saya itu sangat difahami oleh Allah dan Dia mahu membantu saya.Memberi amaran kepada saya..wallahualam..

Ya Allah Ya Tuhanku, aku tahu aku tidak layak untuk ke syurgamu, tetapi aku juga takut untuk ke neraka Mu..Ya Allah..berikan lah aku masa dan kesempatan yang ada, untuk melipat gandakan amalan ku dan keluargaku, supaya kami semua terlepas dari seksa kubur dan azab api neraka..Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..ampunilah segala dosa-dosaku yang lalu, dosa-dosa ibu bapaku dan keluarga mertuaku, dan ampunilah umat Islam semua.Aku takut mati, bukan kerana takut untuk tinggalkan dunia yang indah ini..tetapi aku takut jika aku mati sebelum diri aku benar-benar sesungguhnya menjadi hambaMu yang solehah...Ya Allah..hanya Engkau yang Maha Mengetahui di dalam dadaku...Allahuakbar!

**Al Fatihah buat arwahyarham Wan.Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa nya..ameenn


-----------------------------------------------------------------------------------------------------


KISAH PERTANYAAN MALAIKAT MUNKAR DAN NAKIR DI ALAM KUBUR

Rasulullah s.a.w. bersabda:"Apabila roh telah dikembalikan ke tubuhnya maka akan datang dua orang Malaikat yang berwibawa, mereka adalaah Munkar dan Nakir dan akan bertanya:"Siapakah Tuhanmu? hingga akhir".Kemudian keduanya akan bertanya lagi:"Apakah yang kamu kata kepada lelaki ini yang mana ia diutus untuk kamu semua, yakni Muhammad". Mayat akan berkata:"Muhammad adalah utusan Allah dan al-Quran adalah diturunkan kepadanya dan aku mengimaninya, maka akan kedengaran suara dari langit berbunyi"Memang benarlah hambaku itu, maka hendaklah kamu semua menghamparkan hamparan dari syurga dan pakailah pakaian-pakaian dari syurga untuknya serta bukakanlah pintu-pintu syurga untuknya."


Maka terbukalah pintu-pintu syurga untuknya dan datanglah bau yang harum dari syurga dan kuburnya menjadi luas sepanjang mata memandang.

Setelah itu datang seorang lelaki yang sangat cantik rupanya dengan pakaian yang cantik dan berbau wangi, lalu ia berkata:"Bergembiralah kamu dengan apa yang menyenangkan kamu."Apabila mayat melihat orang yang tidak dikenali itu lalu ia bertanya:"Siapakah kamu!, Allah s.w.t. mengasihi kamu, aku tidak pernah melihat secantik kamu didunia."Berkatalah lelaki itu:"Aku adalah amal kamu yang salih.Rasulullah s.a.w. bersabda:"Kalau orang yang termasuk dalam golongan yang akan mendapat azab maka apabila telah sampai waktu ajalnya, maka malaikat akan turun dari langit dengan membawa pakaian azab dan mereka akan duduk jauh darinya, lalu datang malaikat maut duduk dekat kepalanya dan berkata:"Keluarlah kamu wahai nafsu yang jahat! dan keluarlah dengan kemurkaan Allah."

Rasulullah s.a.w. bersabda:"Apabila berpisah roh dari badannya maka segala sesuatu yang di langit dan di bumi mengutuknya, semuanya akan mendengar kutukan tersebut melainkan manusia dan jin."Kemudian malaikat akan membawa roh tersebut naik ke langit dunia, apabila mereka telah sampai kepada langit dunia, disebabkan roh tersebut roh jahat maka tutuplah pintu-pintu langit, lalu kedengaran suara yang berbunyi:" Pulangkanlah roh tersebut ketempat tidurnya.Lalu malaikat pun mengembalikannya kekuburnya, setelah itu datanglah munkar dan nakir dengan suara yang garang seperti guruh, matanya seperti kilat yang menyambar, lalu keduanya membakar bumi dengan kedua siongnya.

Kemudian keduanya duduk sambil bertanya:"Siapakah Tuhan kamu?.Jawab mayat:"Aku tak tahu".Di waktu yang sama kedengaran suara dari kubur sebelah berkata:"WEahai Munkar Nakir pukul saja orang itu."Maka Mukar dan nakir pun memukulnya dengan palu dari besi dan diterangkan andaikata kalau semua makhluk berkumpul sudah tentu tidak akan dapat mengelak dari pukulan tersebut, dengan pukulan tersebut maka menyalalah kuburnya dengan api dan kuburnya akan menjadi sempit hingga tersepit tulang-tulangnya.

Setelah itu datanglah seorang lelaki menghampirinya dengan rupa yang paling buruk dan hina, baunya cukup busuk dan berkata lelaki itu:"Allah s.w.t. telah membalas kejahatanmu, maka demi Allah tidaklah kamu melakukan suatu kebajikan, tapi kamu sentiasa lalai untuk taat dan sentiasa melakukan kemaksiatan kepada Allah s.w.t.". Mayat bertanya:"Siapakah kamu?, Berkatalah lelaki itu:"Akulah amal perbuatanmu yang jahat."Lalu dibukakan pintu nerakaa dan ia pun melihat tempat tinggalnya yang tetap hingga datangnya hari kiamat.

Ada diterangkan bahawa orang mukmin difitnah dalam kubur selama 7 hari dan orang kafir pula sampai 40 hari Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa yang mati pada hari Jumaat Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari fitnah kubur."

No comments:

Post a Comment