Tuesday, October 16, 2012

IKHLAS

Assalamualaikum w.b.t.

Hamba Allah yang diberkati, semoga hari ini lebih baik dari semalam..Semoga hari ini lebih beriman daripada semalam.Semoga hari ini lebih banyak amal ibadat berbanding semalam.InsyaAllah...

Saya ingin berbicara tentang IKHLAS atau KEIKHLASAN..Adakah setiap perkara yang kita lakukan, kita ikhlas melakukannya atau kita mengharapkan pujian daripadanya?Jika kita IKHLAS, mengapa kita perlu mengharapkan pujian dan penghargaan manusia?Kita gembira bila dipuji atas kebaikan yang kita lakukan, kita bangga bila dikatakan bagus, baik dan beriman kerana kita gembira dengan penghargaan yang manusia berikan.IKHLAS kah kita?Saudara saudari sekalian ,berhati-hati jangan hingga mewujudkan penyakit hati yang dimurkai Allah s.w.t iaitu riak.


“Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin ...menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya” (Bukhari & Muslim: 1720)

1. "Janganlah engkau memohonkan hajatmu kepada manusia, tetapi bermohonlah kepada ALLAH yang pintuNya tidak pernah tertutup. ALLAH amat murka jika engkau meninggalkan permohonan kepadaNya, sedangkan manusia akan marah jika engkau sering meminta kepadaNya."

2. Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.



IKHLAS ialah melakukan kebaikan yang dinilaikan baik di sisi Allah, bukannya di sisi manusia,IKHLAS itu keadaannya apabila kita menyembunyikan kebaikan kita dengan mengharap dan berserah bahawa hanya Allah sahaja yang tahu dan menilainya.Ilmu adalah punca dan sumber kepada keikhlasan.Jika kita membuat sesuatu perkara dengan hanya IKHLAS dalam sebutan seorang manusia dan nilai baiknya adalah baik dalam pandangan mata manusia sahaja maka samalah dengan orang yang bukan seagama dengan kita,mereka pun IKHLAS juga.Sifat IKHLAS itu baik di sisi manusia tetapi nilaian sebenar adalah baik di sisi Allah s.w.t..Seseorang yang IKHLAS apabila membuat sesuatu tidak akan berasa marah apabila tidak mendapat sebarang pujian atau penghargaan terhadap usaha dan amalan yang dilakukannya.IKHLAS merupakan rahsia seorang hamba dengan Allah, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terkandung di dalam hati manusia.wallahualam.


Berkata Sheikh Junaid Al-Bagdadi Rahimallahi Taala,

“Allah Swt ada mempunyai hamba-hamba yang berakal, apabila sudah berakal mereka itu beramal. Apabila sudah beramal mereka itu berikhlas. Maka ikhlas itulah yang menarik segala pintu kebajikan semua sekali.


 Firman Allah didalam Surah Al-Bayyinah, ayat 5 maksudhya:

“Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya.”

Firman Allah didalam hadis Qudsi yg bermaksud:

“Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia aku, aku taruhkan ia dihati hamba yang aku kasihi daripada hamba-hamba ku.”




gambar ihsan google





Rujukan:Celik Mata dan Jiwa bersama Prof Dr Muhaya Muhamad.



No comments:

Post a Comment