Assalamualaikum w.t.h
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah meliputi rambut sahaja.ia adalah tidak tepat sama sekali.Asasnya adalah dari firman Allah S.W.T:ertinya:
"hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir."(An Nur:31)
Saya sedih melihat wanita yang bertudung kini..mereka menyangka dengan menutup rambut dengan tudung sudah lengkaplah aurat mereka dari pandangan lelaki bukan muhrim..Saya lihat di kepala mereka tersarung tudung yang cukup cantik.Tetapi bila dilihat ke bawah, mereka memakai baju ketat mengikut bentuk badan, singkat, memakai legging (seluar ketat yang mengikut bentuk badan), lengan pendek dan macam-macam lagi fesyen yang amat menyedihkan..Sebetulnya mereka ini memang mangsa fesyen.mereka menyangka dengan tertutupnya kulit maka lengkaplah kewajipan menutup aurat..Tetapi mereka sebenarnya tidak sedar bahawa mereka bukan menutup aurat, tetapi membalut aurat sahaja.MasyaAllah!
Saya sendiri pun masih berusaha memperbaiki pakaian saya supaya benar-benar menepati kewajipan menutup aurat..Dahulu saya seorang yang gemar berfesyen..Saya bangga dengan bentuk badan yang cantik, rupa paras yang sempurna, rambut yang di'rebonding' dan halus cantik..Kini jika saya renung kembali saya yang dahulu, saya berasa amat malu pada diri sendiri.Menyesal mengapa baru 2 tahun kini saya menutup aurat.Tapi saudara saudari sekalian, Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.Minta lah ampun dan bertaubat dengan sesungguh hatimu, nescaya Allah akan menunjukkan jalan yang benar kepadamu.
Adik-adik dan kakak-kakak sekalian, marilah kita memperbaiki penampilan..Buangkan pakaian yang boleh menimbulkan fitnah.saya takut menghadapi azab neraka..bagaimana dengan anda?adakah anda yakin sempat bertaubat sebelum ajal menghampiri?
Allah berfirman:
"Wahai anak-anak Adam!Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan,dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat Nya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)."
(Al-A'raf:26)
**saya berhenti di sini dan akan menyambung di lain entry.wassalam.
No comments:
Post a Comment