Tuesday, October 23, 2012

APABILA DIUJI

Assalamualaikum w.b.t.


Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya. Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang berpasangan begitu juga makhluk Allah yang lain turut memenuhi pelusuk bumi.

Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT.

Mengharungi hari demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kecil mahupun besar terpendam dilubuk hati dan adakalanya membentuk pelbagai rasa. Pernahkah kita memohon keampunan dariNya? Saya yakin kita sebagai hamba diberikan naluri untuk mengetahui akan dosa-dosa yang dilakukan walaupun tanpa sedar.

Adakah kita insaf?

Sekiranya keinsafan masih menebal pada diri, sebenarnya kita masih lagi menyirami iman kita dengan baja keampunan dari Allah SWT. Jika tidak, jangan dibiarkan dosa-dosa itu menjadi sebati dan kekal selamanya pada hati nurani kerana dari situlah 'air muka' kita akan terbentuk dengan perkara-perkara yang sebenarnya datang dari hati kita sendiri.
Oleh itu, jagalah hati dan kasihanilah kerana dia juga makhluk Allah seperti kita. Tugasnya sangat berat untuk mengawal manusia dari melakukan dosa. Kalau hati kita baik, baiklah kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Jika tidak, hati kita akan melakukan sesuatu yang tidak mungkin dijangka.

Tahap iman dalam diri.

Disaat dan ketika ini, ada dikalangan kita mengatakan bahawa apabila seseorang itu dipenuhi dengan iman dan taqwa pastinya berpegang teguh dengan agamanya. Mana mungkin manusia yang bersifat baharu ini tidak akan diuji walaupun hidupnya diselubungi dengan kemewahan melimpah ruah.

Ada juga menyatakan yang menutup aurat itu hidupnya akan menjadi kebal dengan nafsu kerana badannya dilitupi dan tidak akan mudah melakukan dosa berbanding mereka yang tidak berhijab atau tidak menutup aurat.

Dari pandangan saya, bukan mudah untuk memelihara iman, kerana iman kita ini ibarat daun-daun yang berguguran, apabila ia dipukul angin ia akan berterbangan mengikut arus angin. Sesungguhnya, iman itu tidak bersifat kekal dan sentiasa berubah-ubah.

Ada suatu masa kita rasakan hidup ini sangat dekat dengan Allah SWT dan adakalanya tidak. Itulah manusia yang Allah ciptakan, hatinya sentiasa bermain-main dengan perasaan. Kadangkala dengan iman kita terasa indah dan lama kelamaan iman itu semakin hilang dan menjadikan kita manusia yang alpa kepada Allah SWT. Ini kerana keteguhan kita terhadap iman masih diawang-awangan dan menganggap tiada kepentingan dalam mengekalkan iman di dalam diri. 

Setiap saat diuji.

Tidak akan senang manusia itu kalau hidup tidak pernah diuji. Sekiranya sentiasa aman dan bahagia kemungkinan kitaran kehidupan kita ini akan kehilangan sesuatu yang dikatakan "ujian dan dugaan".

Ya, saat kita diuji adakah kita sedar akan ujian diberikan? Manusia sentiasa leka dengan kesibukan dunia sehingga lupa kepentingan akhirat yang perlu diutamakan. Apa yang mereka ingat adalah nikmat dunia. Sehingga manusia menjadikan dunia itu sebagai tongkat untuk berdiri sedangkan yang menjadikan mereka berdiri dengan gagah itu adalah dari Allah SWT. Biarlah diri kita diuji, Allah mahu membersihkan kita dari segala kekotoran yang menyelubungi dari segenap sudut pada anggota badan kita iaitu hati.

Serah diri padaNya.

Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya. Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang diucapkan.

Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri.

Beriman kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai keresahan hidup.

Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.

Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.
Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari.
"Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU".

 Sumber:1luvislam.com

Thursday, October 18, 2012

17 AMALAN YANG MENYEBABKAN MENDAPAT SEKSA KUBUR


Assalamualaikum w.b.t


Saudara dan saudari yang dirahmati Allah, semoga hari ini kita sempat melakukan solat taubat..Kita tidak tahu bila kita akan mati..Hatta saya yang sedang menaip entry ini pun jika dikehendaki Allah s.w.t pun akan mati..Bila-bila kita akan mati..Adakah kita sudah bersedia?Sudah lengkapkah solat sunat dan fardhu kita?sudah memohon maafkah kepada manusia yang kita aniaya,kita fitnah, busuk hati dan iri hati?Sudah banyakkan sedekah kita?Setiap hari saya audit diri saya sendiri..Amalan saya tidak pernah cukup dan tidak akan cukup.Hanya Allah yang Maha Mengetahui..Cuma saya sentiasa memohon kepada Nya supaya menerima segala amalan yang saya lakukan, serta membersihkan hati dan jiwa saya.Kita ingat kita solat cukup, kita bersedekah, adakah kita dijamin masuk syurga?Kita tidak tahu dan tidak akan tahu..Di sini saya ingin berkongsi tentang perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita mendapat seksa kubur..Semoga dengan perkongsian ini, kita semua bertaubat dan tidak melakukan perkara yang dilarang keras oleh Allah supaya tidak dihumbankan ke Neraka Jahannam.wallahualam.

------------------------------------------------------------------------------------------------------    


Mereka yang mendapat azab atau seksa kubur adalah kerana semasa di dunia ini mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 17 dosa dan kesalahan yang dilarang oleh Allah S.W.T.

Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa seksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:

1. Melaga-lagakan (mengadu domba) dan mengampu. Nabi S.A.W berwasiat kepada Sayidina Ali : “Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi “Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut).”

2. Tidak basuh dengan suci selepas buang air kecil. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya seksa kubur itu kerana kencing. (yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)

3. Solat tanpa bersuci. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci” (Hadis Riwayat Muslim ) Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melihat seseorang melakukan solat, sedangkan pada tumitnya ada sedikit yang tidak terkena siraman air wuduk. Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk mengulangi wuduk dan solatnya . (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud) Nabi S.A.W. menyuruh orang tersebut untuk mengulangi solatnya kerana solat tersebut dilakukan tanpa bersuci dan tidak sah.

4. Berdusta. Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud : “Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu di dunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari.”

5. Melalaikan dan malas mengerjakan solat. Nabi S.A.W. ada bersabda yang bermaksud : “ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”

6. Tidak mengeluarkan zakat. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Barangsiapa mempunyai emas atau perak senisab, sedang tidak di keluarkan zakatnya, kelak di hari kemudian ia akan di kejar-kejar oleh ular yang besar dan sangat berbisa dari neraka yang mengigit tangannya sehingga terpotong, kemudian tangannya kembali sebagai sediakala, di gigit lagi ular itu, demikianlah setiap masa, sehingga akhirnya orang yang bakhil itu akan di seret ke Neraka Jahannam”

7. Berzina. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.” (Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)

8. Mencuri. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : ”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

9. Berkhianat. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulen, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)

10. Menfitnah sesama umat Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Makan riba. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al- Baqarah ayat 278-279)

12. Tidak menolong orang yang di zalimi. Firman Allah S.W.T. dalam hadis qudsi yang maksudnya : “Wahai segenap hambaku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan perbuatan zalim atas diri-Ku dan Aku telah menjadikan hal tersebut sebagai perkara yang haram antara sesama kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.”(Hadis Riwayat Muslim)

13. Minum khamar ( tuak, arak atau minuman keras ). Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:  “ Empat (macam manusia) tidak Allah masukkan mereka itu ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak , pemakan riba, menzalami (memakan) harta anak yatim dengan tidak hak dan derhaka pada ibu atau bapa.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)

14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Barangsiapa menyeret pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak memandangnya pada hari kiamat”.(Hadis Riwayat Bukhari)

15. Membunuh. Firman Allah S.A.W. yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (Surah An- Nisaa’ ayat 93) Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata :’ Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku’. Maka Allah berkata kepada sipembunuh :’ Celakalah engkau’, lalu di bawalah orang itu ke neraka.”

16. Mencaci sahabat Rasulullah S.A.W. Allah S.W.T. berfirman, yang bermaksud : “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepadaNya. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”. (Surah at-Taubah ayat 100) Al-Qadhi ‘Iyaadh berkata :”Jumhur ulama berpendapat bahawa orang yang menghina/mencaci maki para shahabat Rasulullah S.A.W. harus dihukum takzir (yakni harus didera menurut kebijaksanaan hakimIslam )”. [Fathul Bari VII hal. 36].

17. Mati dalam keadaan membawa bidaah. Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Barangsiapa membuat buat hal baru yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan barangsiapa membuat-buat hal baru yg buruk dalam Islam, maka baginya dosanya dan dosa orang yang mengikutinya dan tak dikurangkan sedikitpun dari dosanya” (Sahih Muslim hadis no.1017, demikian pula diriwayatkan pada Sahih Ibn Khuzaimah, Sunan Baihaqi Alkubra, Sunan Addarimiy, Sahih Ibn Hibban dan banyak lagi).

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah selanjutnya berkata, “Ketika keadaan manusia banyak yang melakukan dosa-dosa di atas, maka kebanyakan ahli kubur adalah dalam keadaan diseksa. Dan orang yang selamat daripadanya amatlah sedikit. Secara lahirnya, kuburan itu memang hanyalah tanah biasa, padahal didalamnya terdapat penyesalan dan seksa. Di atasnya nampak tanah, batu-batu yang terukir dan bangunan, tetapi di dalamnya adalah bencana. Mereka mendidih dalam penyesalan sebagaimana periuk mendidih dengan apa yang ditanaknya. Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi dipenuhi.” Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, sebab-sebab keselamatan seksa kubur adalah dengan menjauhi sebab-sebab terkena seksa kubur, yakni berbagai macam maksiat dan dosa.
Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukan perhitungan atas dirinya setiap hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu. Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan taubat. Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam keadaan telah bertaubat. Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi harinya, dan bersyukur kerana ajalnya masih ditangguhkan. Dengan demikian ia masih berkesempatan beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum dilakukannya. Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwuduk, sentiasa mengingat Allah dan mengucapkan zikir-zikir yang disunnahkan Nabi S.A.W. sehingga ia tidur. Jika seseorang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya dia akan diberi kekuatan untuk melakukannya.

Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari seksa kubur, di antaranya:

1. Senantiasa mengikatkan diri di jalan Allah
2. Mati syahid di jalan Allah
 3. Membaca surat Al-Mulk
 4. Meninggal kerana sakit perut
 5. Meninggal dunia pada hari Jumaat.

Oleh itu beramallah dengan amalan soleh secara berterusan dan jauhilah segala perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa dan maksiat di sisi Allah S.W.T. Mukmin yang berhati-hati dan sentiasa muhasabah diri adalah lebih baik daripada mukmin yang berpuas hati dengan amalan-amalan yang telah dilakukannya.



sumber:http://sunnatulhuda.com

SEKSA KUBUR DISEBABKAN AIR KENCING



Ibnu Abbas ra mengisahkan bahawa suatu hari Rasulullah saw melintasi dua makam, lalu beliau berkata, "Sesungguhnya mereka berdua sedang diseksa, mereka bedua diseksa bukan disebabkan melakukan dosa besar. Salah satu daripada mereka diseksa kerana TIDAK SAMPAI BERSIH SAAT BERSUCI dari BUANG AIR KECIL. "Seorang perempuan Yahudi menemui Aisyah seraya berkata,

"Sesungguhnya azab kubur itu disebabkan air kencing." Mendengar perkataannya, Aisyah berkata, "Engkau bohong." Perempuan Yahudi itu menjelaskan, "Kerana air kencing itu mengenai kulit dan pakaian." Kemudian Rasulullah saw keluar untuk mengerjakan solat, sedangkan suara kami semakin keras terdengar (kerana ribut). Mendengar keributan ini Rasulullah saw bertanya, "Ada apa ini?" Aisyah pun meceritakan kepadanya apa yang telah dikatakan oleh perempuan Yahudi tadi, selepas Rasulullah saw bersabda, "Dia memang benar."

Abdul Rahman bin Hasaah mendengar Rasulullah saw bertanya, "Tahukah kamu apa yang telah menimpa salah seorang Bani Israil? Dulu, saat mereka terkena air kencing, mereka akan membersihkannya dengan memotong pakaian yang terkena percikan air kencing tersebut. Melihat perbuatan ini, orang itu melarang mereka, maka dia pun diazab dalam kuburnya.

Dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Huraihah ra secara mauquf, Rasulullah saw bersabda,

"Kebanyakan siksa kubur itu disebabkan air kencing."

Pada suatu malam Abdullah bin Umar pergi ke rumah seorang perempuan tua yang di hampiran rumahnya terdapat perkuburan. Lalu dia mendengar suara lirih yang berkata,

"Kencing, apa itu kencing? Gayung, apa itu gayung?" Abdullah bin Umar pun berkata, "Celaka, apa yang terjadi?"

Perempuan tua itu menjawab, "Itu adalah suara suamiku yang tidak pernah bersuci dari buang air kecil. "Mendengar penjelasan tersebut,

Abdullah bin Umar berkata, "Celakalah dia! Unta sahaja kalau kencing bersuci, tapi dia malah tidak peduli. "Perempuan tua itu kembali menuturkan kisah suaminya.

Ketika suamiku sedang duduk, ada seorang lelaki mendatanginya seraya berkata, "Berilah aku minum, aku sangat haus. "Suamiku malah berkata," Engkau membawa gayung sedangkan gayung kami bergantung. "Orang itu berkata," Wahai tuan, berilah aku minum, aku hampir mati kehausan. "Suamiku berkata," Engkau membawa gayung. "

Akhirnya lelaki yang meminta air untuk minum itu meninggal dunia. Setelah itu, suamiku juga meninggal dunia. Namun sejak hari pertama dia meninggal dunia, seringkali terdengar suara suamiku dari arah perkuburan,

"Kencing, apa itu kencing? Gayung, apa itu gayung?"

* Nauzubillah min dzalik, ternyata perkara kecil saja boleh menyebabkan kita mendapat siksa kubur ya? Banyak orang memandang remeh bersuci selepas buang air kecil (kurang bersih bahkan tidak bersuci sama sekali), padahal hal yang remeh itu boleh menjadi malapetaka ketika kita masuk pada Alam Barzakh.

"Ya Allah, lindungi kami semua dari siksa neraka, siksa kubur, fitnah
dunia & alam barzakh, dan fitnah yang ditimbulkan oleh dajjal, amin. "

- sumber dari smartnewz.info

Wednesday, October 17, 2012

MIMPI

Assalamualaikum w.b.t


Malam tadi saya telah bermimpi sesuatu yang saya kira menakutkan,menggerunkan pada masa yang sama menginsafkan..Sebenarnya telah dua kali saya bermimpi perkara yang serupa tetapi berlainan jalan ceritanya..Saya telah bermimpi tentang azab kubur, bagaimana seksaan di dalam kubur yang saya sukar untuk ceritakan.Begini mimpi itu..datuk kepada suami saya telah pun kembali ke rahmatullah beberapa bulan yang lepas akibat sakit tua...Dan malam tadi saya telah bermimpi tentang arwah..

Ceritanya begini..

Datuk sakit dan kami semua melawat beliau di hospital.Tetapi ajal nya sudah sampai dan beliau meninggal dunia di hospital.Saya mengikut hinggalah ke bilik mayat semasa MA (Medical Assistant) seorang lelaki sedang memandikan jenazah..Tiba untuk dikafankan hingga ke paras pinggang, tiba-tiba saya lihat dada datuk yang saya panggil nya sebagai 'wan' seperti bernafas.Kemudian saya memberitahu perkara itu kepada ibu mertua saya tentang apa yang saya lihat, tetapi ibu mertua berkata ia hanyalah ilusi saya sahaja.Kemudian kami semua lihat yang dada wan berombak dan beliau masih bernyawa!Serta merta MA mengangkat wan untuk duduk dan menepuk-nepuk belakang beliau..Betul, ean masih hidup.wan tidak mati!Kuasa Allah!Kami semua menangis terkejut dan kegembiraan.

Kemudian mimpi itu bersambung lagi..Aku menangis dan bertanya kepada Wan (ketika itu kami berdua sahaja) apa perasaan beliau semasa 'mati'?Beliau sambil menangis teresak-esak berkata, beliau melalui satu keadaan yang sangat menakutkan di dalam kubur.Ketika masuk sahaja jasad kita di dalam kubur dan setelah orang ramai pulang selepas selesai membaca talkin, maka datanglah malaikat munkar dan nakir untuk perhitungan menjawab soalan.ketika itu kata Wan, mulut,hidung dan tekak terasa begitu ketat dan sukar untuk bernyawa..seolah-olah rasa itu sedang direntap sedikit demi sedikit.Aku menangis ketakutan, takut kepada Allah Yang Esa!Wan teruskan cerita, ketika di bahagian dada terasa begitu ketat, munkar dan nakir sedang mengimbas kembali dosa-dosa beliau yang lalu..Tanah kubur juga sedang menghimpit Wan.ketika sakit menghampiri ke tengah dada, rasa ketat itu berhenti kerana wan semasa hidupnya tidak pernah memegang atau menyentuh seorang wanita yang bukan muhrimnya.MasyaAllah!Subhanallah!Kesakitan itu kemudian berhenti setakat itu sahaja..


Saudara dan saudar yang dirahmati, mungkin tanda itu Allah beri setakat itu sahaja pada saya..Dan mimpi itu pun berhenti..Demi Allah saya sangat ketakutan.Sebelum ini juga saya pernah bermimpi tenatang azab kubur..sangat menyakitkan, sangat menakutkan.Saya pasti jika sesiapa sahaja yang melihat bayangan dalam mimpi itu pasti tidak mahu berbuat dosa dan pasti meninggalkan keseronokan dunia yang hanya sementara ini..

Saya bertanya kepada seorang makcik yang agak alim orangnya tentang mimpi saya..katanya ada dua tanda..Pertama, Allah memilih saya untuk melihat semua itu, supaya saya sentiasa bersedia dan supaya saya lebih taat kepada Nya..jauhi dosa dan kemungkaran, lipat gandakan amal ibadat..Kedua..mungkin wan yg wujud dalam mimpi saya mahu 'membawa' saya bersama dia..Saya tahu maksud makcik itu..Cuma wan dalam mimpi itu tidak menyebut mahu membawa atau mengajak saya mengikut dia..

Cuma keyakinan diri saya ialah, saya dipilih Allah untuk semua itu kerana Dia sayangkan saya dan sangat mengenali hati budi dan diri saya..Dia memahami apa yang saya inginkan dalam hidup ini.Ya, saya akui saya sentiasa ingat akan MATI, sentiasa ingat SEKSA KUBUR, sentiasa ingat jagalah hati dan perbuatan dan janganlah melakukan dosa..Setiap perbuatan saya setiap hari saya lakukan yg terbaik seolah-olah ia hari terakhir di dunia ini.Saya cintakan akhirat lebih dari duniawi.Saya sentiasa berusaha menjadi lebih baik walaupun masih banyak belum sempurna..Saya tahu niat saya itu sangat difahami oleh Allah dan Dia mahu membantu saya.Memberi amaran kepada saya..wallahualam..

Ya Allah Ya Tuhanku, aku tahu aku tidak layak untuk ke syurgamu, tetapi aku juga takut untuk ke neraka Mu..Ya Allah..berikan lah aku masa dan kesempatan yang ada, untuk melipat gandakan amalan ku dan keluargaku, supaya kami semua terlepas dari seksa kubur dan azab api neraka..Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..ampunilah segala dosa-dosaku yang lalu, dosa-dosa ibu bapaku dan keluarga mertuaku, dan ampunilah umat Islam semua.Aku takut mati, bukan kerana takut untuk tinggalkan dunia yang indah ini..tetapi aku takut jika aku mati sebelum diri aku benar-benar sesungguhnya menjadi hambaMu yang solehah...Ya Allah..hanya Engkau yang Maha Mengetahui di dalam dadaku...Allahuakbar!

**Al Fatihah buat arwahyarham Wan.Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa nya..ameenn


-----------------------------------------------------------------------------------------------------


KISAH PERTANYAAN MALAIKAT MUNKAR DAN NAKIR DI ALAM KUBUR

Rasulullah s.a.w. bersabda:"Apabila roh telah dikembalikan ke tubuhnya maka akan datang dua orang Malaikat yang berwibawa, mereka adalaah Munkar dan Nakir dan akan bertanya:"Siapakah Tuhanmu? hingga akhir".Kemudian keduanya akan bertanya lagi:"Apakah yang kamu kata kepada lelaki ini yang mana ia diutus untuk kamu semua, yakni Muhammad". Mayat akan berkata:"Muhammad adalah utusan Allah dan al-Quran adalah diturunkan kepadanya dan aku mengimaninya, maka akan kedengaran suara dari langit berbunyi"Memang benarlah hambaku itu, maka hendaklah kamu semua menghamparkan hamparan dari syurga dan pakailah pakaian-pakaian dari syurga untuknya serta bukakanlah pintu-pintu syurga untuknya."


Maka terbukalah pintu-pintu syurga untuknya dan datanglah bau yang harum dari syurga dan kuburnya menjadi luas sepanjang mata memandang.

Setelah itu datang seorang lelaki yang sangat cantik rupanya dengan pakaian yang cantik dan berbau wangi, lalu ia berkata:"Bergembiralah kamu dengan apa yang menyenangkan kamu."Apabila mayat melihat orang yang tidak dikenali itu lalu ia bertanya:"Siapakah kamu!, Allah s.w.t. mengasihi kamu, aku tidak pernah melihat secantik kamu didunia."Berkatalah lelaki itu:"Aku adalah amal kamu yang salih.Rasulullah s.a.w. bersabda:"Kalau orang yang termasuk dalam golongan yang akan mendapat azab maka apabila telah sampai waktu ajalnya, maka malaikat akan turun dari langit dengan membawa pakaian azab dan mereka akan duduk jauh darinya, lalu datang malaikat maut duduk dekat kepalanya dan berkata:"Keluarlah kamu wahai nafsu yang jahat! dan keluarlah dengan kemurkaan Allah."

Rasulullah s.a.w. bersabda:"Apabila berpisah roh dari badannya maka segala sesuatu yang di langit dan di bumi mengutuknya, semuanya akan mendengar kutukan tersebut melainkan manusia dan jin."Kemudian malaikat akan membawa roh tersebut naik ke langit dunia, apabila mereka telah sampai kepada langit dunia, disebabkan roh tersebut roh jahat maka tutuplah pintu-pintu langit, lalu kedengaran suara yang berbunyi:" Pulangkanlah roh tersebut ketempat tidurnya.Lalu malaikat pun mengembalikannya kekuburnya, setelah itu datanglah munkar dan nakir dengan suara yang garang seperti guruh, matanya seperti kilat yang menyambar, lalu keduanya membakar bumi dengan kedua siongnya.

Kemudian keduanya duduk sambil bertanya:"Siapakah Tuhan kamu?.Jawab mayat:"Aku tak tahu".Di waktu yang sama kedengaran suara dari kubur sebelah berkata:"WEahai Munkar Nakir pukul saja orang itu."Maka Mukar dan nakir pun memukulnya dengan palu dari besi dan diterangkan andaikata kalau semua makhluk berkumpul sudah tentu tidak akan dapat mengelak dari pukulan tersebut, dengan pukulan tersebut maka menyalalah kuburnya dengan api dan kuburnya akan menjadi sempit hingga tersepit tulang-tulangnya.

Setelah itu datanglah seorang lelaki menghampirinya dengan rupa yang paling buruk dan hina, baunya cukup busuk dan berkata lelaki itu:"Allah s.w.t. telah membalas kejahatanmu, maka demi Allah tidaklah kamu melakukan suatu kebajikan, tapi kamu sentiasa lalai untuk taat dan sentiasa melakukan kemaksiatan kepada Allah s.w.t.". Mayat bertanya:"Siapakah kamu?, Berkatalah lelaki itu:"Akulah amal perbuatanmu yang jahat."Lalu dibukakan pintu nerakaa dan ia pun melihat tempat tinggalnya yang tetap hingga datangnya hari kiamat.

Ada diterangkan bahawa orang mukmin difitnah dalam kubur selama 7 hari dan orang kafir pula sampai 40 hari Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa yang mati pada hari Jumaat Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari fitnah kubur."

Tuesday, October 16, 2012

DAPATKAN BUKU INI

Saya sentiasa ingat kata-kata Dr Muhaya.."Diri kita adalah bergantung kepada buku apa yang kita baca, rancangan tv apa yang kita tonton dan radio apa yang kita dengar".Mungkin kita lebih suka membaca majalah hiburan, blog hiburan, rancangan TV hiburan dan saluran radio yang melalaikan.Saya juga begitu dahulu dan saya tidak nafikannya..Apabila Allah s.w.t memberi saya hidayah yang sangat sukar untuk saya tafsirkan, saya mula berubah..Saya banyak membaca buku-buku yang bermanfaat untuk menambah ilmu pengetahuan, rancagan TV yang berunsur hiburan kurang ditonton malah lebih suka mendengar dan menghadiri ceramah agama dan ceramah yang boleh meningkatkan potensi diri ,malah kini saya beralih ke saluran radio Ikim jika sebelum ini lebih gemar mendengar Hotfm..Benar kata Dr Muhaya, jika kita ubah diri kita, kita akan lihat keadaan di sekeliling kita juga turut berubah..Jika kita sentiasa berfikiran positif maka Allah sentiasa mempermudahkan langkah kita..Ketenangan hati yang saya rasai kini memang sukar untuk saya tafsirkan dengan kata-kata..Apa yang saya sedar ialah, perlahan-lahan hidup saya berubah dengan izin Allah.Saya masih merangkak, masih banyak ilmu yang perlu saya pelajari, saya bukanlah manusia sempurna dan kini pun masih lagi ada perkara yang saya masih gagal capai dan ubah..Bagaimanapun saya tidak mahu putus asa kerana saya yakin, semakin kita mahu menjadi insan yang lebih baik, semakin tinggi ujian yang Allah berikan..Mengapa Allah menguji kita?Kerana adanya syurga dan neraka..bagaimana kita menghadapi ujian itu lah akan menentukan di mana kedudukan kita di akhirat kelak.Selagi bernafas, selagi itu lah kita perlu mengubah diri menjadi lebih baik,lebih beriman,lebih bertakwa.Niat yang ikhlas dan istiqamah insyaAllah akan dipermudahkan..saudara dan saudari sekalian, sentiasa dekatkan diri dengan Allah, kerana Dia juga akan sentiasa dekat dengan kita..


dapatkan buku ini juga..khusus untuk para wanita..Saya masih belum menghabiskannya kerana buku ini agak tebal..InsyaAllah saya akan kongsikan dengan pembaca blog ini..Assalamualaikum w.t.h..


IKHLAS

Assalamualaikum w.b.t.

Hamba Allah yang diberkati, semoga hari ini lebih baik dari semalam..Semoga hari ini lebih beriman daripada semalam.Semoga hari ini lebih banyak amal ibadat berbanding semalam.InsyaAllah...

Saya ingin berbicara tentang IKHLAS atau KEIKHLASAN..Adakah setiap perkara yang kita lakukan, kita ikhlas melakukannya atau kita mengharapkan pujian daripadanya?Jika kita IKHLAS, mengapa kita perlu mengharapkan pujian dan penghargaan manusia?Kita gembira bila dipuji atas kebaikan yang kita lakukan, kita bangga bila dikatakan bagus, baik dan beriman kerana kita gembira dengan penghargaan yang manusia berikan.IKHLAS kah kita?Saudara saudari sekalian ,berhati-hati jangan hingga mewujudkan penyakit hati yang dimurkai Allah s.w.t iaitu riak.


“Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin ...menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya” (Bukhari & Muslim: 1720)

1. "Janganlah engkau memohonkan hajatmu kepada manusia, tetapi bermohonlah kepada ALLAH yang pintuNya tidak pernah tertutup. ALLAH amat murka jika engkau meninggalkan permohonan kepadaNya, sedangkan manusia akan marah jika engkau sering meminta kepadaNya."

2. Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.



IKHLAS ialah melakukan kebaikan yang dinilaikan baik di sisi Allah, bukannya di sisi manusia,IKHLAS itu keadaannya apabila kita menyembunyikan kebaikan kita dengan mengharap dan berserah bahawa hanya Allah sahaja yang tahu dan menilainya.Ilmu adalah punca dan sumber kepada keikhlasan.Jika kita membuat sesuatu perkara dengan hanya IKHLAS dalam sebutan seorang manusia dan nilai baiknya adalah baik dalam pandangan mata manusia sahaja maka samalah dengan orang yang bukan seagama dengan kita,mereka pun IKHLAS juga.Sifat IKHLAS itu baik di sisi manusia tetapi nilaian sebenar adalah baik di sisi Allah s.w.t..Seseorang yang IKHLAS apabila membuat sesuatu tidak akan berasa marah apabila tidak mendapat sebarang pujian atau penghargaan terhadap usaha dan amalan yang dilakukannya.IKHLAS merupakan rahsia seorang hamba dengan Allah, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terkandung di dalam hati manusia.wallahualam.


Berkata Sheikh Junaid Al-Bagdadi Rahimallahi Taala,

“Allah Swt ada mempunyai hamba-hamba yang berakal, apabila sudah berakal mereka itu beramal. Apabila sudah beramal mereka itu berikhlas. Maka ikhlas itulah yang menarik segala pintu kebajikan semua sekali.


 Firman Allah didalam Surah Al-Bayyinah, ayat 5 maksudhya:

“Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya.”

Firman Allah didalam hadis Qudsi yg bermaksud:

“Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia aku, aku taruhkan ia dihati hamba yang aku kasihi daripada hamba-hamba ku.”




gambar ihsan google





Rujukan:Celik Mata dan Jiwa bersama Prof Dr Muhaya Muhamad.



Sunday, October 14, 2012

WANITA BIDADARI SYURGA ;)

KEJELITAAN para bidadari syurga..siapakah WANITA DUNIA ITU? Mereka adalah WANITA SOLEHAH..

Aisyah r.a berkata :
"Wanita-wanita solehah akan berkata kepada bidadari syurga..kami MELAKUKAN SOLAT sedangkan kamu tidak, kami BERPUASA sedangkan kamu tidak..kami BERSEDEKAH sedangkan kamu tidak, kami WANITA SOLEHAH DI DUNIA mengalahkan bidadari syurga.."

Inilah yang menyebabkan bidadari pun cemburu, dunia adalah PERHIASAN dan SEBAIK BAIK PERHIASAN ialah wanita solehah..di dunia lagi bidadari MENCEMBURUI KESOLEHANNYA dan di akhirat bidadari SUDI MENJADI KHADAMNYA..

p/s : Wanita solehah adalah WANITA TERBILANG..hatinya sentiasa TABAH DAN CEKAL, sifat-sifat MAHMUDAH sentiasa menghiasi dirinya..nur muslimah terpancar pada RAUT WAJAHNYA, ALLAH dan RASULULLAH sentiasa DITAATI..IBUBAPA sentiasa di hormati, sentiasa BERISTIQAMAH dalam hati..AL-QURAN dan AS SUNNAH menjadi pedoman dan ikutan..bidadari syurga amat mencemburui mereka, bidadari TUNDUK kepada mereka..INDAHNYA menjadi wanita solehah..♥♥

:: BIDADARI itu rupanya ADA DI BUMI ::

:):):)
Doakan supaya kita kaum wanita benar-benar menjadi wanita solehah At-Toyyibah, As-sobiroh, Al-Mujahidah......................